Minggu, 29 Desember 2013

Etika Komunikasi dalam Islam

Dalam Islam sejak awal telah memberikan garis panduan etika mengenai bagaimana cara seseorang menyampaikan keinginan, aspirasi, tuntutan dan lain-lain. Islam memberikan kebebasan kepada umatnya untuk menyampaikan pendapat. Walaupun dibebaskan ia  juga harus melakukannya dengan aturan-aturan hukum dan etika tertentu agar tercipta suatu kedamaian dan ketenteraman hidup bermasyarakat, berbangsa dan bernegara.

Menurut Jalaluddin Rachmat ada lima saranan dalam al-Quran berkait dengan etika komunikasi, iaitu :-

1. Qaulan Sadida 
2. Qaulan Ma'rufa
3. Qaulan Baligha
4. Qaulan Maisura
5. Qaulan Karima

Apabila kesemua saranan ini dijadikan panduan dalam berkomunikasi maka tidak akan terjadi salah tafsir dan penyelewengan yang mampu merusak hubungan  masyarakat.
 
Kewartawanan dalam islam

Terdapat beberapa perkara mengenai kewartawanan dalam Islam, antaranya ialah :-

1. Menyebarkan peranan Islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai.
2. Mempertahankan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah.
3. Menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan.
4. Melancarkan perang saraf terhadap musuh sebagai salah satu cara dakwah untuk menangkis serangan media Barat serta melemahkan hujah dan posisi mereka disamping mengukuhkan sasaran dan perspektif Islam.
5. Menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan.

Tidak ada komentar: